Anda
berasa malu dan gentar untuk berasmara bersama suami? Walaupun telah
berkali-kali anda bersamanya, tapi perasaan anda
itu tetap timbul sehingga menyebabkan suami anda tidak selesa dengan
anda. Akibatnya, perhubungan anda semakin renggang dan tidak rancak
sepertimana yang anda harapkan sebelum anda menikahinya.
Perasaan
malu adalah perkara biasa di dalam diri. Tetapi sekiranya anda berasa
malu yang amat apabila ingin
berbogel dan berasmara bersama suami walaupun anda telah bersamanya
beberapa minggu, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.
Perasaan malu itu biarlah bertempat. Suami anda adalah milik penuh anda,
dan anda adalah milik kebanggaannya. Korbankanlah
perasaan malu demi untuk mencapai keseronokan asmara bersama suami
kerana malu merupakan penghalang besar untuk anda berdua mengecapi
nikmat asmara yang sebenar-benarnya.
Sifat
malu yang menebal dapat membuatkan anda tidak aktif, pendiam, dingin,
hilang keyakinan diri dan tidak
mengghairahkan di mata suami. Suami tidak akan berasa selesa sekiranya
bersama dengan diri anda yang pemalu kerana dia tidak mendapat belaian,
cumbuan, rangsangan, perhatian dan godaan yang dia harap-harapkan datang
daripada anda. Akibatnya, ada risiko yang
tinggi suami anda mencari keinginan yang dia harap-harapkan daripada
wanita lain.
Masalah
ini mungkin berpunca dari kurangnya nafsu dan keinginan syahwat di
dalam diri anda untuk berasmara
bersama suami. Sekiranya nafsu dan keinginan syahwat menebal di dalam
diri anda, maka tidak ada masalah untuk anda berasmara dengan suami
secara aktif. Di bawah ini digariskan panduan-panduan untuk mengatasi
perasaan malu dan takut yang menebal dalam diri
anda serta menambahkan keinginan syahwat terhadap suami anda:
1. Tanamkan sifat berani dalam diri
Cuba
serapkan perasaan berani dalam diri anda untuk berdepan suami anda
dalam keadaan tanpa berpakaian. Bayangkan
anda dapat memberikan belaian dan cumbuan kepada suami tercinta dengan
manja sambil bergelak tawa dan bergurau senda. Bukankah suasana mesra
sebegitu yang anda idam-idamkan selama ini? Bertekadlah yang anda akan
berusaha melempar perasaan malu itu jauh-jauh
demi untuk membuktikan perasaan cinta dan kasih sayang 100% anda kepada
suami anda.
2. Tonjolkan sifat berahi dalam diri
Bayangkan
diri anda seorang bidadari yang menunggu kedatangan suami anda, di mana
suami anda tidak akan datang
kepada anda sekiranya anda tidak menonjolkan keberahian dan keinginan
anda terhadapnya. Mahu tidak mahu, anda perlu memandang diri anda
sebagai seorang yang seksi dan mengghairahkan buat suami. Sifat berahi
yang anda tonjolkan kepada suami merupakan daya penarik
yang kuat untuk memastikan yang suami anda akan setia sehidup semati
bersama anda. Cubalah berlatih memakai pakaian dalam yang jarang dan
seksi di depan mata suami, dan perhatikan reaksi suami anda. Sekiranya
dia berkeinginan untuk berasmara, kagumlah dengan
diri anda sendiri kerana anda mampu menarik perhatian suami anda.
3. Berbogel di hadapan cermin dan berfantasi
Berdirilah
di hadapan cermin tanpa seurat benang pada tubuh anda. Hayatilah
keindahan tubuh badan yang Allah
ciptakan buat anda. Tidakkah anda berasa rugi tubuh itu tidak
didedahkan secara rela kepada satu-satunya insan yang dihalalkan melihat
dan mendapat nikmat daripadanya. Tenungkanlah tubuh anda dan perhatikan
bahagian-bahagian tubuh anda yang anda inginkan belaian
dari suami anda. Bayangkanlah suami anda membelai dan mencium setiap
inci pada tubuh anda. Gerakkan tangan anda ke bahagian sensitif tubuh
anda seperti kelentit dan puting payudara. Bayangkan sentuhan dan
belaian itu datang dari tangan insan yang anda cintai.
Ambillah secawan air kosong, sapukan air tersebut pada payudara dan
kemaluan anda. Pada masa yang sama, bayangkanlah air itu datang dari
lidah suami yang asyik mencumbui diri anda. Cuba fokuskan kepada
kenikmatan yang anda perolehi. Sekiranya anda menumpukan
perhatian 100%, perasaan malu itu akan hilang perlahan-lahan dan
digantikan dengan perasaan syahwat yang mendalam terhadap suami.
4. Urutan mesra
Sesekali
sekala, dengan cara mengurut dapat membiasakan diri anda bermesra
dengannya. Anda dan pasangan hendaklah
sama-sama berbogel, di mana suami meniarap dan tidak menghadap anda.
Anda urutlah belakang, bahu, pinggang, leher, tangan dan kaki suami
anda. Berbual dan berguraulah dengan suami dan anda tidak perlu risau
kerana tubuh anda tidak dipandang suami. Apabila
anda biasa dengan langkah ini, anda akan tidak berasa kekok lagi untuk
berbogel bersama suami. Yang tinggal sekarang ialah membiasakan diri
anda untuk membelai tubuhnya. Teruskan langkah seterusnya, iaitu mandi
bersama.
5. Mandi bersama
Biasakanlah
anda mandi bersama-sama suami dalam keadaan bertelanjang bulat. Ketika
mandi, sabunkanlah seluruh
tubuh suami dan bilaskan tubuhnya. Biarkan suami menyabun seluruh tubuh
anda dan mensyampu rambut anda. Mintalah suami mencukur bulu kemaluan
anda supaya kelihatan kemas, dan anda pula mencukur bulu kemaluan suami.
Kemudian, keringkan tubuh suami anda dan
pakaikanlah dia pakaian yang ingin dipakainya.
6. Membaca bahan bacaan erotik
Luangkan
masa anda bersama suami untuk membaca bahan bacaan novel yang ‘panas’
yang dapat membangkitkan keinginan
seksual anda berdua. Bayangkan anda merupakan heroin utama dalam cerita
tersebut dan suami anda merupakan hero dan penyelamat anda. Apabila
diceritakan kedua-dua watak tersebut berasmara, anda bayangkan diri anda
dan suami mengambil alih kedua-dua watak tersebut.
7. Menonton filem erotik bersama-sama
Luangkan
masa anda bersama suami untuk menonton filem-filem ‘panas’ yang dapat
membangkitkan keinginan seksual
anda berdua. Bayangkan anda dan suami anda yang menjadi pelakon utama
filem tersebut. Bincanglah secara terbuka dengan suami tentang posisi
yang anda gemari dan dalam filem itu. Sekiranya suami anda juga menyukai
posisi tersebut, maka anda godalah suami anda
dengan ghairah. Seterusnya tanpa perasaan segan silu lagi, dakap dan
ciumlah suami anda dan terus berasmara spontan dengannya.
No comments:
Post a Comment