Wednesday 19 June 2013

INFO: CARA MENGHILANGKAN PERASAAN MALU DALAM DIRI DAN MENINGKATKAN PERASAAN SYAHWAT TERHADAP SUAMI (UNTUK PARA ISTERI)

Anda berasa malu dan gentar untuk berasmara bersama suami? Walaupun telah berkali-kali anda bersamanya, tapi perasaan anda itu tetap timbul sehingga menyebabkan suami anda tidak selesa dengan anda. Akibatnya, perhubungan anda semakin renggang dan tidak rancak sepertimana yang anda harapkan sebelum anda menikahinya.
Perasaan malu adalah perkara biasa di dalam diri. Tetapi sekiranya anda berasa malu yang amat apabila ingin berbogel dan berasmara bersama suami walaupun anda telah bersamanya beberapa minggu, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda. Perasaan malu itu biarlah bertempat. Suami anda adalah milik penuh anda, dan anda adalah milik kebanggaannya. Korbankanlah perasaan malu demi untuk mencapai keseronokan asmara bersama suami kerana malu merupakan penghalang besar untuk anda berdua mengecapi nikmat asmara yang sebenar-benarnya.
Sifat malu yang menebal dapat membuatkan anda tidak aktif, pendiam, dingin, hilang keyakinan diri dan tidak mengghairahkan di mata suami. Suami tidak akan berasa selesa sekiranya bersama dengan diri anda yang pemalu kerana dia tidak mendapat belaian, cumbuan, rangsangan, perhatian dan godaan yang dia harap-harapkan datang daripada anda. Akibatnya, ada risiko yang tinggi suami anda mencari keinginan yang dia harap-harapkan daripada wanita lain.
Masalah ini mungkin berpunca dari kurangnya nafsu dan keinginan syahwat di dalam diri anda untuk berasmara bersama suami. Sekiranya nafsu dan keinginan syahwat menebal di dalam diri anda, maka tidak ada masalah untuk anda berasmara dengan suami secara aktif. Di bawah ini digariskan panduan-panduan untuk mengatasi perasaan malu dan takut yang menebal dalam diri anda serta menambahkan keinginan syahwat terhadap suami anda:

1.             Tanamkan sifat berani dalam diri
Cuba serapkan perasaan berani dalam diri anda untuk berdepan suami anda dalam keadaan tanpa berpakaian. Bayangkan anda dapat memberikan belaian dan cumbuan kepada suami tercinta dengan manja sambil bergelak tawa dan bergurau senda. Bukankah suasana mesra sebegitu yang anda idam-idamkan selama ini? Bertekadlah yang anda akan berusaha melempar perasaan malu itu jauh-jauh demi untuk membuktikan perasaan cinta dan kasih sayang 100% anda kepada suami anda.


2.             Tonjolkan sifat berahi dalam diri
Bayangkan diri anda seorang bidadari yang menunggu kedatangan suami anda, di mana suami anda tidak akan datang kepada anda sekiranya anda tidak menonjolkan keberahian dan keinginan anda terhadapnya. Mahu tidak mahu, anda perlu memandang diri anda sebagai seorang yang seksi dan mengghairahkan buat suami. Sifat berahi yang anda tonjolkan kepada suami merupakan daya penarik yang kuat untuk memastikan yang suami anda akan setia sehidup semati bersama anda. Cubalah berlatih memakai pakaian dalam yang jarang dan seksi di depan mata suami, dan perhatikan reaksi suami anda. Sekiranya dia berkeinginan untuk berasmara, kagumlah dengan diri anda sendiri kerana anda mampu menarik perhatian suami anda.

3.             Berbogel di hadapan cermin dan berfantasi
Berdirilah di hadapan cermin tanpa seurat benang pada tubuh anda. Hayatilah keindahan tubuh badan yang Allah ciptakan buat anda. Tidakkah anda berasa rugi tubuh itu tidak didedahkan secara rela kepada satu-satunya insan yang dihalalkan melihat dan mendapat nikmat daripadanya. Tenungkanlah tubuh anda dan perhatikan bahagian-bahagian tubuh anda yang anda inginkan belaian dari suami anda. Bayangkanlah suami anda membelai dan mencium setiap inci pada tubuh anda. Gerakkan tangan anda ke bahagian sensitif tubuh anda seperti kelentit dan puting payudara. Bayangkan sentuhan dan belaian itu datang dari tangan insan yang anda cintai. Ambillah secawan air kosong, sapukan air tersebut pada payudara dan kemaluan anda. Pada masa yang sama, bayangkanlah air itu datang dari lidah suami yang asyik mencumbui diri anda. Cuba fokuskan kepada kenikmatan yang anda perolehi. Sekiranya anda menumpukan perhatian 100%, perasaan malu itu akan hilang perlahan-lahan dan digantikan dengan perasaan syahwat yang mendalam terhadap suami.

4.             Urutan mesra
Sesekali sekala, dengan cara mengurut dapat membiasakan diri anda bermesra dengannya. Anda dan pasangan hendaklah sama-sama berbogel, di mana suami meniarap dan tidak menghadap anda. Anda urutlah belakang, bahu, pinggang, leher, tangan dan kaki suami anda. Berbual dan berguraulah dengan suami dan anda tidak perlu risau kerana tubuh anda tidak dipandang suami. Apabila anda biasa dengan langkah ini, anda akan tidak berasa kekok lagi untuk berbogel bersama suami. Yang tinggal sekarang ialah membiasakan diri anda untuk membelai tubuhnya. Teruskan langkah seterusnya, iaitu mandi bersama.


5.             Mandi bersama
Biasakanlah anda mandi bersama-sama suami dalam keadaan bertelanjang bulat. Ketika mandi, sabunkanlah seluruh tubuh suami dan bilaskan tubuhnya. Biarkan suami menyabun seluruh tubuh anda dan mensyampu rambut anda. Mintalah suami mencukur bulu kemaluan anda supaya kelihatan kemas, dan anda pula mencukur bulu kemaluan suami. Kemudian, keringkan tubuh suami anda dan pakaikanlah dia pakaian yang ingin dipakainya.


6.             Membaca bahan bacaan erotik
Luangkan masa anda bersama suami untuk membaca bahan bacaan novel yang ‘panas’ yang dapat membangkitkan keinginan seksual anda berdua. Bayangkan anda merupakan heroin utama dalam cerita tersebut dan suami anda merupakan hero dan penyelamat anda. Apabila diceritakan kedua-dua watak tersebut berasmara, anda bayangkan diri anda dan suami mengambil alih kedua-dua watak tersebut.
7.             Menonton filem erotik bersama-sama
Luangkan masa anda bersama suami untuk menonton filem-filem ‘panas’ yang dapat membangkitkan keinginan seksual anda berdua. Bayangkan anda dan suami anda yang menjadi pelakon utama filem tersebut. Bincanglah secara terbuka dengan suami tentang posisi yang anda gemari dan dalam filem itu. Sekiranya suami anda juga menyukai posisi tersebut, maka anda godalah suami anda dengan ghairah. Seterusnya tanpa perasaan segan silu lagi, dakap dan ciumlah suami anda dan terus berasmara spontan dengannya.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Penciptaanku