Saturday 27 July 2013

Mesir di persimpangan

TUNJUK SOKONGAN: Seorang lelaki mengibarkan bendera Mesir sambil melulut di sebuah jambatan yang menuju ke Dataran Tahrir di Kahirah, semalam. - Foto AP

KAHIRAH: Para penyokong dan golongan antipemerintah Mesir semalam mengadakan rapat masing-masing dalam satu perkembangan yang dikhuatiri bakal menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah.
Di satu pihak ialah rapat yang dianjurkan oleh tentera yang telah menggulingkan Encik Mohamed Mursi - presiden pertama Mesir yang dilantik melalui proses pilihan raya bebas.
Di pihak bertentangan ialah rapat yang dianjurkan oleh parti-parti Islamis yang membantah penggulingan itu.
Kededua pihak memberi amaran negara itu kini berada di persimpangan genting sejak 2011 apabila rakyat Mesir bangkit untuk menamatkan pemerintahan Hosni Mubarak, yang telah memerintah secara autokratik selama 30 tahun.
Badan hak asasi kemanusiaan yang berpangkalan di London, Amnesty International, kelmarin mengecam tindakan pihak tentera menyeru rakyat mengadakan rapat besar-besaran.
"Berdasarkan tindakan pasukan keselamatan yang biasa menggunakan kekerasan melampau, seruan terbaru itu besar kemungkinan akan menyebabkan lebih banyak pembunuhan," kata timbalan pengarah Amnesty bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Encik Hassiba Hadj Sahraou.
Sehingga kini, hampir 200 orang telah terkorban, dengan ramai di antara mangsa terlibat dalam pertempuran antara penyokong Encik Mursi dengan penyokong tentera di Sinai.
Kelmarin, ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, menyeru agar rakyat Mesir keluar berhimpun bagi memberi pihaknya 'mandat' untuk menangani keganasan yang telah berlarutan sejak penggulingan Encik Mursi pada 3 Julai lalu.
Pihak tentera telah memberi parti pimpinan Encik Mursi, Persaudaraan Islam (Ikhwan), tempoh sehingga hari ini bagi menghentikan penentangan mereka terhadap pemerintahan baru negara itu, dan menyertai pelan peralihan melalui satu pilihan raya baru.
Semalam, para saksi berkata mereka melihat helikopter tentera menggugurkan risalah yang menggesa rakyat agar mengelakkan daripada bertindak ganas.
Kementerian Dalam Negeri berkata ia akan "mengambil langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini untuk melindungi rakyat dan harta benda mereka''.
Ikhwan menuduh pihak berkuasa yang sengaja mengapi-apikan keganasan dengan pengumuman Jeneral Sisi disifatkan sebagai 'pengisytiharan perang saudara'.
Pemimpin kanan Ikhwan, Encik Essam al-Erian berkata, penyokong Encik Mursi tidak akan takut dengan rapat penyokong tentera itu.
"Ancaman anda tidak akan menghalang jutaan rakyat daripada meneruskan bantahan (terhadap pihak tentera)," kata Encik Erian.
Sehubungan dengan itu, Amerika Syarikat telah turut melahirkan keprihatinan ekoran gesaan Jeneral Sisi.
Washington yang mempunyai hubungan rapat dengan Mesir, mengumumkan akan menggantung penghantaran pesawat F-16 ke negara itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, menggesa Encik Mursi dan pegawai kanannya 'dibebaskan atau kes mereka disemak semula secara telus tanpa lengah'.
Encik Mursi dan beberapa pemimpin Ikhwan telah ditahan sejak pemerintahannya diguling oleh pihak tentera.
Semalam, sebuah mahkamah Mesir mengarahkan agar Encik Mesir ditahan lagi 15 hari untuk disoal siasat kerana disyaki bersubahat dengan kumpulan militan Palestin, Hamas, dalam serangan ke atas balai polis dan penjara pada awal 2011.
Dalam serangan itu, ramai banduan politik dan anggota Islamis melarikan dir

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Penciptaanku