BANGGA MENJADI IBU BAPA: Duke dan
Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Kate, menunjukkan
bayi mereka kepada dunia buat pertama kali kelmarin sebelum mereka
pulang ke Istana Kensington. - Foto Reuters
25 Jul 2013
LONDON:
Putera Britain, Putera William, dan isterinya, Duchess of Cambridge,
Cik Catherine, serta putera mereka yang baru lahir menghabiskan hari
pertama di rumah sebagai sebuah keluarga semalam, sehari setelah
pasangan diraja itu menunjukkan pewaris ketiga takhta kerajaan Britain
kepada dunia.
Ratu Elizabeth II, 87 tahun, melakukan perjalanan singkat dari Istana Buckingham ke Istana Kensington semalam untuk menziarah cicitnya, yang telah bermalam bersama ibu dan ayahnya di istana itu.
Menurut Ratu Elizabeth II beliau "gembira" atas kelahiran cicit ketiganya itu, yang menggunakan gelaran rasmi, Putera Cambridge.
Sebelum itu beliau dilaporkan sebagai berkata kepada tetamu satu acara di istana bahawa "anak sulung sangat istimewa".
Sementara itu, Cik Catherine, yang lebih dikenali sebagai Kate, kelmarin memberitahu wakil-wakil media antarabangsa bahawa pengalaman menjadi seorang ibu "penuh emosi".
Suaminya, Putera William pula berkata pasangan itu masih memilih nama bagi anak mereka dan mendedahkan bahawa beliau sudah pun menukar lampin bayinya itu.
Pendedahan wajah kecil pewaris ketiga takhta kerajaan Britain itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh daripada orang ramai.
Namun, nama putera diraja itu masih belum diketahui.
"Kami masih memikirkan namanya. Kami akan cuba berikannya secepat mungkin," kata Putera William kepada media yang berkumpul di luar Hospital St Mary's, di mana anaknya dilahirkan Isnin lalu, sedang beliau mendukung bayinya itu.
"Ia adalah masa yang istimewa. Saya rasa mana-mana ibu bapa baru akan tahu bagaimana rasanya perasaan ini," kata Kate, 31 tahun, yang memakai baju biru dengan rambutnya dibiar lepas.
"Rupanya seperti ibunya, nasib baik," gurau Putera William sambil menambah bahawa bayinya itu mempunyai sepasang paru-paru yang kuat.
Kelahiran diraja pada 4.24 petang (11.24 malam waktu Singapura) Isnin lalu itu mencetuskan kegilaan media dan rasa teruja yang bermula sejak pasangan diraja itu berumah tangga pada April 2011.
Gambar-gambar pertama putera terbaru Britain itu menghiasi muka depan akhbar-akhbar negara itu semalam, dengan cincin batu nilam yang pernah dimiliki mendiang ibu Putera William, Puteri Diana, dapat dilihat jelas di jari Kate.
Akhbar Daily Telegraph mengatakan bahawa kelahiran putera raja itu telah memastikan institusi diraja dapat bertahan "selama sekurang-kurangnya seabad lagi".
Ucapan tahniah tiba dari seluruh pelosok dunia bagi putera diraja itu.
Beliau dijangka mewarisi bukan sahaja takhta kerajaan Britain, malah juga negara-negara Komanwel di seluruh dunia satu hari nanti.
Pada mulanya Kate mendukung anaknya ketika pasangan diraja itu keluar daripada pintu depan Lindo Wing, Hospital St Mary's itu, sebelum memberikan bayi tersebut kepada suaminya.
Babak itu mengenangkan ramai ketika saat Putera William pertama kali diperkenalkan kepada dunia oleh ibu bapanya, Putera Charles dan Puteri Diana, di luar sayap hospital yang sama pada 1982.
Setelah bercakap seketika dengan pihak media, pasangan diraja itu membawa anak mereka pulang ke rumah mereka di Istana Kensington.
Ia merupakan kali pertama sejak 1984 tiga pewaris langsung takhta kerajaan Britain hidup pada masa yang sama. - AFP, AP.
"Kami masih memikirkan namanya. Kami akan cuba berikannya secepat mungkin."
- Putera William.

No comments:
Post a Comment