DIRIWAYATKAN
pada suatu hari, Rasulullah saw melontarkan satu soalan kepada para
sahabatnya. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya ada sebuah pokok yang
tidak pernah gugur daunnya, dan ia merupakan perumpamaan seorang Muslim.
Beritahulah aku, pokok apakah ia?"
Sekalian sahabat Rasulullah pada masa itu tidak mampu meneka dengan tepat. Mereka lalu berkata: "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kami, pokok apakah itu?" Rasulullah menjawab: "Ia adalah pokok kurma." [Sahih Bukhari dan Muslim]
Menurut para ulama, perumpamaan Rasulullah terhadap seorang Mukmin dengan pohon kurma mengandungi maksud yang sangat mendalam. Pohon kurma boleh terus hidup meskipun kekurangan air. Buahnya juga lazat dan lembut, malah kesemua bahagiannya termasuk bijinya boleh dimanfaatkan.
Begitulah juga seorang Mukmin sejati. Ia boleh bertahan hidup, bahkan menyumbang kepada masyarakat. Hidupnya penuh dengan manfaat bagi manusia.
Ini semua adalah kerana seorang Mukmin mengikat pengharapan, permohonan dan doa mereka kepada Allah swt, Zat yang Maha Kekal dan Maha Agung.

No comments:
Post a Comment